KUALA LUMPUR: Pemerintah United Kingdom (UK) Raja Charles III dan Ratu Camilla menzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena pengisytiharan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 Malaysia.
"Ratu beta turut menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah pada hari Tuanku memulakan pemerintahan di Malaysia," titah baginda dalam hantaran Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur di X hari ini.
Semalam, Sultan Ibrahim telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong baharu Malaysia dalam upacara yang penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.
Sultan Ibrahim menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang selepas tempoh pemerintahan baginda selama lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berakhir pada 30 Jan.
Raja Charles turut menzahirkan harapan untuk menjalin kerjasama dengan Sultan Ibrahim bagi memastikan agar hubungan antara Malaysia dan UK kekal utuh serta menangani isu yang mempunyai kepentingan bersama.
"Secara khusus, beta berharap kita akan terus menjalin kerjasama bagi menangani perubahan iklim dan mempertingkat kelestarian alam sekitar kerana ini adalah isu global yang memberi kesan kepada hidup kita pada masa akan datang," titah baginda.
Raja Charles turut bertitah baginda masih ingat akan kunjungan ke Malaysia pada 2017 dan berharap dapat mengulanginya pada masa depan untuk meraikan hubungan rapat kedua-dua negara.
Pada 2017, Raja Charles yang ketika itu adalah Putera Wales serta Ratu Camilla telah berkenan berkunjung ke negara ini sempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik UK dan Malaysia.
Sepanjang lawatan tujuh hari itu, pasangan diraja berkenaan berkenan melawat beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Perak, Sarawak dan Pulau Pinang serta mengambil bahagian dalam pelbagai acara penting.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024
Raja Charles III dan Ratu Camilla mzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena pengisytiharan baginda sebagai YDPA ke-17. - Reuters
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Meghan Markle bidas media Britain
Isteri Putera Harry berang media Britain dakwa tindakannya tidak hadir upacara pertabalan Raja Charles ekoran surat yang dikirim dua tahun lalu.
Gelaran 'Ratu Camilla' tertera pada kad undangan istiadat pertabalan Raja Charles
Menurut laporan, selepas istiadat pertabalan itu Permaisuri Camilla akan dikenali 'Ratu Camilla'.
Raja Charles namakan Putera Edward sebagai Duke of Edinburgh
Duke of Edinburgh pernah disandang oleh mendiang Putera Philip.
Buku memoir Putera Harry catat rekod jualan tertinggi pada hari pertama
Edisi bahasa Inggeris memoir Putera Harry yang telah mencetuskan kontroversi, terjual lebih 1.4 juta pada hari pertama berada di pasaran.
Gitaris Queen, Brian May, dianugerah gelaran kesatria daripada Raja Charles
May menerima gelaran Knight Bachelor atas jasanya dalam muzik dan kerja kebajikan.
Raja Charles III perbaharui pengabdian Ratu Elizabeth II, ikrar berkhidmat seumur hidup
Raja Charles III menyampaikan titah pertamanya selaku raja Britain pada tengah hari Jumaat, waktu tempatan, sehari selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II.
Ratu Elizabeth II mangkat: Apa yang akan berlaku kepada acara sukan di UK?
Perlawanan bola sepak pada hujung minggu berikutan kemangkatan Ratu Elizabeth hampir pasti akan dibatalkan.